• Ayam Masak Merah Gerenti Lagi Sedap Dari Kenduri

    Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang sudi luangkan masa di blog ini. Mesti anda semua tengah tertanya-tanya hidangan apa yang akan akak nak kongsi hari ini, kan? Kalau anda tengah mencari hidangan sesuai untuk dimasak pada hari minggu, resepi kali ini sememangnya sesuatu yang sesuai untuk anda.

    Memandangkan kita nak masak pada hari minggu, apa kata kita buat juadah yang agak istimewa sedikit? Selepas PKP 3.0 diumumkan pada tempoh hari, ramai pasti penat bekerja dari rumah, sampai tak sempat nak masak lauk yang ekstra sikit dek kesibukan yang tak dapat dielakkan. Oleh itu, apa kata anda sajikan keluarga anda hidangan yang syok dengan resepi ayam masak merah ini. Boleh juga anda dapat feel pergi kenduri walaupun hanya makan di rumah.

    Maggi MY

    Mengapa Nak Masak Lauk Kenduri di Rumah?

    Boleh dikatakan ramai di antara kita yang rindukan majlis-majlis, macam kenduri-kendara ataupun rumah terbuka. Mana tak seronok bila dapat jumpa kawan-kawan dan saudara-mara sambil kita meraikan sesuatu yang menggembirakan? Yang paling best, lauk-pauk kenduri di Malaysia ni memang sedap dan jarang sekali dijual di gerai makanan. Contohnya, kalau kita nak merasa nasi minyak, kena lah tunggu kawan kita naik ke jinjang pelamin dulu.

    Tetapi malang sekali negara kita masih belum menang dalam melawan wabak Covid-19. Setelah setahun berperang dengan virus ini, kadar jangkitan masih melonjak naik. Jadi ramai orang terpaksa menangguh sebarang majlis keramaian untuk elak penularan penyakit ini dari menjadi lebih parah.

    Sambil kita menunggu dunia pulih semula, baik kita buat sahaja lauk stail kenduri di rumah. Ada banyak pilihan lauk yang anda boleh pilih sebagai padanan nasi minyak di rumah, macam rendang daging, ayam goreng berempah, dan sebagainya. Tapi kalau anda nak senang, buat sahaja ayam masak merah dengan resepi mudah ini.

    Resepi Ayam Masak Merah Menjadi Pilihan

    Pertama sekali, kita pilih ayam sebab dagingnya mudah empuk dan masak. Kalau anda banyak masa untuk diluangkan di hujung minggu, boleh sahaja cuba resepi daging lembu atau kambing, tapi akak lebih suka resepi yang cepat agar tak perlu terkejar-kejar memasak. Dengan ayam masak merah sahaja, kita boleh dapat rasa nikmat lauk kenduri, lebih-lebih lagi apabila dihidang bersama nasi minyak yang enak.

    Resepi ini pula ada banyak ramuan yang mudah didapati. Mungkin kesemua bahan ini memang dah ada di dapur anda, jadi tinggal nak masak sahaja.

    Bahan-bahan

    1. 300g dada ayam
    2. 0.5 sudu kecil serbuk kunyit
    3. 0.25 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
    4. 4 sudu besar minyak jagung
    5. 1 sudu besar minyak masak
    6. 20g bawang merah
    7. 6g bawang putih
    8. 1 tangkai serai
    9. 60g MAGGI® Sambal Tumis
    10. 2 sudu kecil sos tomato MAGGI®
    11. 100g air

    Cara Penyediaan

    1. Gaulkan dada ayam, serbuk kunyit dan MAGGI® CukupRasa™ sehingga sebati.
    2. Panaskan minyak, goreng ayam dan ketepikan dahulu.
    3. Keluarkan dan tinggalkan hanya 1 sudu besar minyak. Tumis bawang kecil, bawang putih dan serai.
    4. Masukkan MAGGI Sambal Tumis, gaul sebentar dan masukkan MAGGI Sos Tomato, ayam dan air.
    5. Biarkan ia reneh selama 1 minit dan sedia untuk dihidangkan.

    Hasil

    Resepi ayam masak merah ini memang mudah sekali nak dibuat di rumah dengan hasil air tangan yang lebih mengancam daripada lauk masakan kenduri. Walaupun banyak bahan segera atau instant digunakan, hasilnya masih sedap tak terkata. Tambahan perasa seperti MAGGI® CukupRasa™ dan pek MAGGI® Sambal Tumis ini memang akan menyenangkan kerja kita tanpa perlu leceh mengisar terlalu banyak bahan.

    Kalau anda nak lebih lagi resepi menarik dan mudah, layari sahaja https://www.maggi.my/ms/resipi sekarang.